1.Apa itu LAILATULQADAR....?
Satu daripada malam ramadhan yang amat istimewa melbihi 1000 bulan.
2.Gandaaan PAHALA....?
Lebih 29500, gandaan pahala..
3.Kebesaran Lailaturqadar BERDASARKAN...?
-Turunnya Al-quran pada malam tersebut
-Turunnya angkatan malaikat yang besar dan gilang-gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang yang berpuasa dengan ikhlas.
4.kenapa LAILATULQADAR.....?
-Turunya malaikat untuk mengucapkan selamat sejahtera kepada penduduk bumi.
-Juga dikenali Lailatulsyaraf (malam kemuliaan) dan Lailatultajalli iaitu malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah kepada orang berpuasa dan beribadat.
5.Penentuan TARIKH dan MALAM Lailatulqadar....?
-Pendapat yang kuat menyatakan pada malam ganjil sesudah hari ke-20 Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29.
-bersesuaian dengan hadis Rasulullah daripada Ibnu Umar bermaksud:
"Sesiapa yang ingin mencari Lailatulqadar hendaklah pada malam ke-27."
Sebuah hadis Rasulullah diriwayatkan Muslim bermaksud: "Carilah dengan segala supaya kamu malam qadar pada malam ganjil daripada 10 malam akhir Ramadan."
Jelas daripada kedua-dua hadis itu, Lailatulqadar hanya berlaku pada satu malam dan perangsang kepada umat mukmin supaya berebut mencari pahala dan ganjaran malam qadar dengan melipat gandakan ibadat pada malam akhir Ramadan al mubarak.
Persembunyian tarikh Lailatulqadar menguatkan semangat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran. Allah menyembunyikan urusan lain agama kerana hikmah seperti menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari berkenaan.
No comments:
Post a Comment