RAMADAN semakin berakhir, Syawal bakal menjelma akhir minggu ini. Tentunya kanak-kanak paling gembira sebab?? leh collect duit raya. Selalunya mereka akan pergi dari rumah ke rumah dengan geng masing2 . Motif?? bukan untuk ziarah sangat, faham2 jela...fulus..(dlu ak kecik2 camni gak...) korang pun same ak taw huhu..
Untuk makluman korang duit raya bukan 'paksaan' bersedekah. Sebenarnya syarat bersedekah ialah ia mesti diberi dengan ikhlas sekadar termampu.
KES 1 (Ibu bapa)
- Ada ibu bapa yang bagi duit raya sebab orang lain bagi duit raya kat anak mereka. Kalau tak dibalas takut kecik ati lak, so dia bagi sebab?? terpaksa atau nak cover malu. Cara ni bagi aku kurang dari segi keikhlasannya.
- niat untuk menunjuk-nunjuk ketika bagi duit raya kepada kanak-kanak. Niat perlu betul, jangan sampai hangus pahala sedekah yang diberi. Seeloknya dimasukkan di dalam "ang pow" @ sampul.. biar orang lain tak tahu isi dalam dia, lagi baik.
KES 2 (Kanak-kanak)
- Pergi raya umah orang2 kaya je..INGAT tujuan asal beraya adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama Islam. So, ibu-bapa didik anak agar tidak terlalu menjadi mata duitan. Walau macam mana daif pun tuan rumah, mereka tetap gembira menerima kunjungan anak-anak pada hari raya.
- Beraya rumah yang sama dua tiga kali semata-mata untuk menambah duit raya. Jangan ambil kesempatan kebaikan tuan rumah untuk membuat duit raya. Berilah peluang kepada orang lain pula untuk menerima duit raya .
KES 3 (Tuan rumah)
- Tidak gemar buka pintu kepada anak-anak yang datang beraya. Ramai yang 'tutup pagar' takut dikunjungi kanak-kanak.
- Ada yang pura-pura tiada di rumah atau ada yang sedang duduk di rumah tetapi hanya buat 'dont know' bila kanak-kanak beri salam dan hendak beraya. Kalau kita kurang bersedekah pada masa-masa lain, masa inilah paling sesuai untuk kita bersedekah kepada kanak-kanak yang datang berziarah. Masa inilah juga kita dapat berkenalan sekurang-kurangnya dengan bertanya "kamu ini anak siapa dan tinggal di mana?"
"Harus diingat raya bukanlah hari untuk bersuka ria semata-semata, sebaliknya ia adalah perayaan keagamaan. Maka cara menyambutnya perlulah mengikut adab agar kita akan mendapat ganjaran-Nya."
No comments:
Post a Comment