Pengecualian bayaran tol itu membolehkan pengguna ke Kuantan, Pahang serta Kelantan dan Terengganu mendapat penjimatan RM8 hingga RM29 bagi satu perjalanan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MTD, Datuk Azmil Khalid, berkata pengecualian tol kali pertama oleh syarikat itu membabitkan kutipan tol RM2 juta dan ia sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat.
Pelaksanaan ini bagi memenuhi saranan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor yang mahu syarikat konsesi lebuh raya memberi insentif bagi membantu mengurangkan bebanan rakyat menyambut Aidilfitri dalam suasana ekonomi yang kurang menggalakkan sekarang.
Inisiatif ini juga sebagai hadiah dan tanda terima kasih kepada pengguna lebuh raya dan menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam gagasan 1Malaysia, iaitu rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
MTD menganggarkan kira-kira 200,000 kenderaan melalui LPT untuk ke pantai timur mulai Jumaat ini bermula di Tol Gombak untuk ke Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Mengikut rekod pergerakan kenderaan pada Aidilfitri tahun lalu, kira-kira 60 peratus tertumpu kepada perjalanan waktu siang. Jadi, MTD mencadangkan pengguna merancang perjalanan pada waktu malam untuk mengelak kesesakan.

No comments:
Post a Comment