Waktu gempa sama dengan ayat & surah dalam Al-Quran

Bismillahhirrohmannirrohim...

Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, keesokannya pula gempa di Jambi jam 8.52.Menerusi Al-Quran waktu-waktu ini ternyata sama dengan ayat-ayat serta surah di dalam Al-quran.



17.16 (QS. Al Israa' ayat 16):
Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya me
ntaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

17.58 (QS. Al Israa' ayat 58):
Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).



8.52 (QS. Al Anfaal: 52):
(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.?


Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan adalah tepat dengan waktu kejadian tiga gempa kelmarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, sama seperti keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya.

Kunjungan Aidilfitri 2009- batch SPM 05

Raya punya cite..sebelum tu selamat hari raya sekali lagi dan selamat berpuasa..puasa? bagi mereka-mereka yang berpuasa 6 la..

1 syawal- 3 syawal...full time aku spend ngan family aku...4 syawal aku releks jap..5 and 6 syawal aku kembali.. kemuncak raya aku ngan member-member SMKA dulu..2 hari 1 malam..round 2 daerah LMS dan KERIAN,.."dimana daerah berkenaan menempat jutaan pelajar serta pendidik SMKA Kerian..." contoh ayat Hiperbola...haha..aku nak cite umah-umah yang dikunjung je..kalau lain tentatif tu go to pengarah projek nye blog..insyaallah ade..Dato' Ahmad Zulqurnain...Qur..http://ikutsukaatiaku.blogspot.com haha...

lets we start now..



Rumah pertama kami TERJAH..Rumah LEEDIN, location= Lubuk Merbau sebelah highway timur barat,sebelah jejantas..mudah je cari rumah mamat ni sebenar nye..

Our Next destination...

umah ATON...ala x kn xkenal kut..orang kuat sauk..sauk ape ek? sauk tu nama tempat la..atas sikit daripada lubuk merbau..AlMaunah ingat? haa tau pun..

area kuala 2 buah umah je..klu nak ikutkan banyak lagi yang xpegi...tapi nak wat cane, masa amat mencemburui kami..pastu kami gerak tepeng...

sekarang ni umah Che Nad..nama manje..haha...Nadia farhana..sebelum tu mereka yang duk area kamunting tepeng da tunngu kami kat masjid kamunting..sembahyang sekali la kat sana,pastu baru kami terjah umah che nad ni..kat sini kami dah kumpul 10 buah kereta.Hampir sejam gak la kat umah ni, nak tambah bilangan ahli punya pasal.

Dalam pukul 5 kami pun terus mengatur langkah beraya ke rumah...jeng jeng jeng....


ingat lagi tak..tuuu yang "abang kite" yang duk tengah-tengah tu..Cikgu Zaini @ cikgu Addmath...ini la banglo dia..leh tahan la..mengancam..


Sesi bersalaman..macam nak spm ritu lakon semula...setel umah Cikgu Zaini kami gerak menuju ke rumah cikgu Ramli.."AH HAA"...tapi malangnye cikgu masih di kampung bukan Terengganu,..tapi kat Sungai Petani..umah isteri dia..Cikgu Aini. Kebetulan depan umah cikgu ramli ada surau, kami rehat-rehat jap, sembahyang and then kami menuju ke rumah Cik Anis Shahida...ni umah dia
sory...tuan umah tolong ambil gambar..huhu so..untuk raya ke5 ni..ini lah rumah yang kami searang..haha sambung keesokan hari nya pula.

Awal-awal pagi lagi,ak tengok qur dan achoi kalau tak silap..terus cergas pegi umah cikgu Ramli yang kami mis untuk petang semalam. Berita gembira cikgu dah balik...ehm ape lagi...Assalamualaikum...


gambar ni anak cikgu yang snap..ex SMKA gak..spm 2008 our junior..skrg ni kat DQ Darul Quran.Mne Cikgu Aini....? haa itulah takde rezeki nak jumpa..cikgu ade meeting, pagi-pagi lagi da keluar.Cikgu Aini sekarang mengajar kat sekolah area-area kamunting ni.Perasan tak? Tak ramai kan...? almaklumlah pagi-pagi...huhu

Perjalanan diteruskan ke...SMKA kerian terchenta..singgah sebentar ya..



SMKA sekarang sangat ceria...haha surau warna biru dan coklat, kantin hijau kuning, dan merah koridor sekolah warna merah jambu..cuba bayangkan..menarik kan..huhu Pokok-pokok kat sini pun da besar- besar.redup dan hijau je mata memandang...mse time aku dulu dah seperti ala-ala gurun..

masa kami kat sini, kami sempat jumpa cikgu ZAIDI ngan pakcik PI'E..biasala cuti..haha pastu kami pegi tuisyen Al-Quran Sunnah ngan Syariah Islamiah....tak jauh dari situ,Semanggol gak..

Terima kasih Ustz Ramli n Ustzh Jaliaton...destinasi setrunya,umah cikgu Shamsudin
orang yang sama, cuma tempat dan cikgu je berbeza...kt umah ckgu Sham kami dijamu pulut kuning ngan rendang ayam..marvellous..Cikgu Aina yang buat..isteri cikgu Sham..lpe la tu. pastu sebelum kami pegi semayang jumaat,tomok ajak pegi umah die..tau ke tomok sape? syuk..KP 05..lupe lagi..takpe, kite ingat-ingat kan kembali.

Selepas semayang jumaat kami bergegas ke rumah Ridhwan dekat Parit Haji Taib bergambar jap..suasana bendang...

Semua pakat senyum setelah menghabiskan mee bandung iwan...rumah setrus nya ialah rumah ketua badar kita..Zahir la sape lagi..pas je umah zahir kami semua kene pergi balai polis daerah kerian sebab..................kes rumah Ayu kat citu..anak polis rupenye ayu ni..singgah sebentar..

Jam menunjukkan 5.10pm seharian jugalah..dan ini rumah terakhir,...Rumah Cikgu Zahari Khamis, @ Ckgu PJ, Koperasi, and Geografi...


Dengan bacaan doa itu tadi,maka berakhir lah pertemuan antara bekas pelajar pelajar SPM 2005 diantara satu sama lain dan juga warga pendidik SMKA kerian.Tahniah juga kepada Dato' Ahmad kerana telah menjalankan projek ini. Tidak lupa juga sahabat-sahabat yang meluangkan masa bagi bersama-sama sepanjang tempoh projek dijalankan.Harapan saya agar program seperti ini akan terus dilaksanakan dari tahun ke tahun demi meneruskan ukhwah sesama kita dan juga guru-guru, Insyallah...

Lailatulqadar...

1.Apa itu LAILATULQADAR....?
Satu daripada malam ramadhan yang amat istimewa melbihi 1000 bulan.

2.Gandaaan PAHALA....?
Lebih 29500, gandaan pahala..

3.Kebesaran Lailaturqadar BERDASARKAN...?
-Turunnya Al-quran pada malam tersebut
-Turunnya angkatan malaikat yang besar dan gilang-gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang yang berpuasa dengan ikhlas.

4.kenapa LAILATULQADAR.....?
-Turunya malaikat untuk mengucapkan selamat sejahtera kepada penduduk bumi.
-Juga dikenali Lailatulsyaraf (malam kemuliaan) dan Lailatultajalli iaitu malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah kepada orang berpuasa dan beribadat.

5.Penentuan TARIKH dan MALAM Lailatulqadar....?
-Pendapat yang kuat menyatakan pada malam ganjil sesudah hari ke-20 Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29.
-bersesuaian dengan hadis Rasulullah daripada Ibnu Umar bermaksud:

"Sesiapa yang ingin mencari Lailatulqadar hendaklah pada malam ke-27."

Sebuah hadis Rasulullah diriwayatkan Muslim bermaksud: "Carilah dengan segala supaya kamu malam qadar pada malam ganjil daripada 10 malam akhir Ramadan."

Jelas daripada kedua-dua hadis itu, Lailatulqadar hanya berlaku pada satu malam dan perangsang kepada umat mukmin supaya berebut mencari pahala dan ganjaran malam qadar dengan melipat gandakan ibadat pada malam akhir Ramadan al mubarak.

Persembunyian tarikh Lailatulqadar menguatkan semangat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran. Allah menyembunyikan urusan lain agama kerana hikmah seperti menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari berkenaan.

Bila musim RAYA menjelma....

Bila tiba sahaja musim perayaan...tak kira lah raya aidilfitri ke raya cina ke deepavali ke...di dada-dada akhbar, di corong-corong radio kisah tentang ni selalu ada...wajib!! tiap-tiap tahun,..ak pun naik pelik dan hairan...adakah ini satu lumrah alam....?? yang pelik nya di Malaysia je yang kerap berlaku pun dan antara ketiga-tiga perayaan tersebut raya AIDILFITRI la....yang selalu terjadi kes-kes sebegini...sedihhh.....mari kita tengok....

mula-mula memang seronok.....


selepas tu...

yang ni lak...


Aduhhh dik..cane nak salam ngan abang nanti...

ade lagi..


beraya la di Hospital...

tapi yang ni lagi menyayat hati...





TOL PERCUMA 2 hari

Pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) akan menikmati tol percuma sempena Aidilfitri selama dua hari bagi perjalanan pada Jumaat ini dan 24 September, bermula jam 12 tengah malam hingga 5 pagi.

Pengecualian bayaran tol itu membolehkan pengguna ke Kuantan, Pahang serta Kelantan dan Terengganu mendapat penjimatan RM8 hingga RM29 bagi satu perjalanan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MTD, Datuk Azmil Khalid, berkata pengecualian tol kali pertama oleh syarikat itu membabitkan kutipan tol RM2 juta dan ia sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat.


Pelaksanaan ini bagi memenuhi saranan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor yang mahu syarikat konsesi lebuh raya memberi insentif bagi membantu mengurangkan bebanan rakyat menyambut Aidilfitri dalam suasana ekonomi yang kurang menggalakkan sekarang.

Inisiatif ini juga sebagai hadiah dan tanda terima kasih kepada pengguna lebuh raya dan menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam gagasan 1Malaysia, iaitu rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

MTD menganggarkan kira-kira 200,000 kenderaan melalui LPT untuk ke pantai timur mulai Jumaat ini bermula di Tol Gombak untuk ke Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Mengikut rekod pergerakan kenderaan pada Aidilfitri tahun lalu, kira-kira 60 peratus tertumpu kepada perjalanan waktu siang. Jadi, MTD mencadangkan pengguna merancang perjalanan pada waktu malam untuk mengelak kesesakan.

Sempena Aidilfitri

RAMADAN semakin berakhir, Syawal bakal menjelma akhir minggu ini. Tentunya kanak-kanak paling gembira sebab?? leh collect duit raya. Selalunya mereka akan pergi dari rumah ke rumah dengan geng masing2 . Motif?? bukan untuk ziarah sangat, faham2 jela...fulus..(dlu ak kecik2 camni gak...) korang pun same ak taw huhu..


Untuk makluman korang duit raya bukan 'paksaan' bersedekah. Sebenarnya syarat bersedekah ialah ia mesti diberi dengan ikhlas sekadar termampu.

KES 1 (Ibu bapa)

  • Ada ibu bapa yang bagi duit raya sebab orang lain bagi duit raya kat anak mereka. Kalau tak dibalas takut kecik ati lak, so dia bagi sebab?? terpaksa atau nak cover malu. Cara ni bagi aku kurang dari segi keikhlasannya.
  • niat untuk menunjuk-nunjuk ketika bagi duit raya kepada kanak-kanak. Niat perlu betul, jangan sampai hangus pahala sedekah yang diberi. Seeloknya dimasukkan di dalam "ang pow" @ sampul.. biar orang lain tak tahu isi dalam dia, lagi baik.

KES 2 (Kanak-kanak)

  • Pergi raya umah orang2 kaya je..INGAT tujuan asal beraya adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama Islam. So, ibu-bapa didik anak agar tidak terlalu menjadi mata duitan. Walau macam mana daif pun tuan rumah, mereka tetap gembira menerima kunjungan anak-anak pada hari raya.
  • Beraya rumah yang sama dua tiga kali semata-mata untuk menambah duit raya. Jangan ambil kesempatan kebaikan tuan rumah untuk membuat duit raya. Berilah peluang kepada orang lain pula untuk menerima duit raya .

KES 3 (Tuan rumah)
  • Tidak gemar buka pintu kepada anak-anak yang datang beraya. Ramai yang 'tutup pagar' takut dikunjungi kanak-kanak.
  • Ada yang pura-pura tiada di rumah atau ada yang sedang duduk di rumah tetapi hanya buat 'dont know' bila kanak-kanak beri salam dan hendak beraya. Kalau kita kurang bersedekah pada masa-masa lain, masa inilah paling sesuai untuk kita bersedekah kepada kanak-kanak yang datang berziarah. Masa inilah juga kita dapat berkenalan sekurang-kurangnya dengan bertanya "kamu ini anak siapa dan tinggal di mana?"


"Harus diingat raya bukanlah hari untuk bersuka ria semata-semata, sebaliknya ia adalah perayaan keagamaan. Maka cara menyambutnya perlulah mengikut adab agar kita akan mendapat ganjaran-Nya."